Cetak
Jumlah paparan: 958

Stevia adalah genus yang terdiri daripada 150 spesis herba daripada keluarga bunga matahari atau Astereacea. Stevia juga dikenali sebagai “Pokok Gula” di Malaysia kerana dipercayai boleh mengurangkan dan mengawalkan kencing manis.

Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis atau pengganti gula pasir adalah stevia dari spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

RINGKASAN

Nama tempatan = Stevia

Nama Saintifik = Stevia Rebaudiana

Nama lain= Teh manis, daun manis, daun gula, herba manis, sweet leaf of paraguay, azucacaa, eira-caa, caa-he-ee, kaa jheee, ca-ajhei dan ca-a-yupi

Sinonim = Eupatorium Rebaudianum capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf dan sugarleaf

Famili: Astereacea

Asal: Paraguay

 

Stevia merupakan satu-satunya gula atau pemanis semulajadi tanpa kalori. Sebab itu, ia sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis dan berlebihan berat badan.