Smaller Default Larger

RCC

Beautyline

 

Wajah Nampak Cantik & Berseri.

              

RCC Beautyline - Pembersih Muka

RCC Beautyline Pembersih Muka adalah salah satu produk sangat penting dalam penjagaan kulit yang berfungsi untuk membersihkan kulit wajah. Ia tidak mengandungi bahan-bahan merbahaya seperti hidrokuinon dan raksa. 

Pembersih muka ini bertekstur ringan yang sesuai untuk semua jenis kulit. Ia juga dapat membantu menyingkirkan segala kotoran sambil melindungi kulit dengan formulasi kaya-lembapan.

Kebaikkan Produk RCC Beautyline Pembersih Muka

• Menyingkirkan kotoran dan minyak yang terdapat pada kulit.

• Menyingkirkan lebihan make-up, memandangkan bahan-bahan berminyak ini tidak boleh dikeluarkan secara berkesan melalui basuhan sahaja.

• Membantu agar kulit kekal sihat, bersinar dan cantik. 

RCC Beautyline - Serum

RCC Beautyline Serum adalah bertujuan untuk memutih dan mencerahkan warna kulit serta memulihkan kulit kusam dan bernoda. Serum ini mudah menyerap melalui epidermis kulit. Proses nanocarrier juga digunakan untuk menggalakkan system penyerapan dan aplikasi kosmeseutikal berlaku. Penggunaan Serum ini juga dapat meningkatkan keberkesanan nutrien pada kulit serta dapat memutih dan mencerahkan kulit yang baru.

Produk penjagaan kulit ini berasaskan bahan semulajadi.Tidak mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh mengakibatkan komplikasi kulit yang serius.

Kebaikkan Produk RCC Beautyline Serum

• Membantu mengurangkan hiper-pigmentasi.

• Membantu membaiki tona kulit  tidak sekata.

• Membantu mencegah tanda penuaan pramatang.

• Membantu menjadikan kulit lembut, licin dan gebu.

• Membantu mengurangkan bintik hitam penuaan, pigmentasi kulit serta lain-lain masalah pigmentasi kulit.

• Membantu menegangkan dan melembapkan kulit.

RCC Beautyline - Krim Perlindungan UV

RCC Beautyline Krim Perlindungan UV membantu mengembalikan keseimbangan lembapan kulit serta menggalakkan kulit yang lebih cerah dan sihat. Ia tidak mengandungi bahan-bahan merbahaya 

seperti hidrokuinon dan raksa. Krim ini dapat membantu mencegah dan merawat kulit kering, melindungi kulit sensitif, meningkatkan tona dan tekstur kulit.

Bahan-bahan aktif yang digunakan dapat membantu melindungi kulit daripada penuaan pramatang, memberikan kulityang berseri dan muda serta meningkatkan ketegangan, keanjalan dan penghidratan penting, menjadikan kulit licin tanpa meninggalkan kesan berminyak.

Kebaikkan Produk RCC Beautyline Krim Perlindungan UV 

• Formula yang memberi kelembapan untuk penghidratan berterusan.

• Melindungi muka daripada dehidrasi dan pencemaran alam sekitar.

• Mengandungi SPF yang bertindak sebagai penghadang matahari dan melindungi kulit daripada ancaman gelombang cahayanya yang berbahaya: UVA / UVB.

• Membantu mencegah penuaan pramatang.

• Perlindungan UV yang boleh mengakibatkan masalah .